Thursday, August 12, 2010

Selamat Datang

Bangsawan Puteri Maharani akan dipentaskan buat pertama kalinya. Karya dan arahan Sdr Sakrani Shamsuddin ini telah dipilih bagi mengisi slot Program Semarak Bangsawan 2010 anjuran bersama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayaan,Pelancongan Dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bangsawan Puteri Maharani akan dipentaskan pada 6-7 Ogos 2010 Jam 8.30 Malam dan 8 Ogos 2010 Jam 3.00 petang dan 8.30 malam.

Bangsawan ini akan memperkenalkan Ratu Gambus Negara Fauziah Gambus sebagai Puteri Maharani. Beliau seorang gadis yang berkebolehan bermain muzik gambus dan menyanyi. Bangsawan ini adalah lakonan pertama beliau dipentas. Begitu juga Penyanyi Remaja Popular Dior sebagai Tengku Kamar Ai Zaman. Ini juga adalah lakonan pertama beliau dipentas walaupun sudah berkecimpung dalam seni suara.

Bangsawan ini juga tidak melupakan aktivis teater dan pelakon tv dan teater Sdr Ibrahim Akir sbg Sultan Badrul Al Zaman, Pelakon & Pensyarah Uitm Hartini Kassim sbg Permaisuri Khaisara, Pelakon & Pengarah Drama tv dan teater Sdr Rosli Rahman Adam, Ditampilkan Khas Pensyarah Tari & Keografer Tersohor Suhaimi Magi sbg Datuk Pembesar Negara, Pelakon Teater Saiful Nizam sbg Datuk Perdana Menteri, Pelakon Salman Al Farisi sbg Tauke Bangsawan, Datuk Bentara & Raksasa Gagap,
Penerbit Tv dan Ahli Perniagaan Samsudin Ramli sbg pendita, Pelakon Baru Sdr Khairol sbg Putera JIn, Pelakon Baru Izyana sbg Puteri Arab, Josephine sbg Puteri Inggris/Penari, Dayang Nurinah sbg PuteriIndia/Penari, Rizianah John sbg Penari/Dayang Kayangan, Siti Fatin Nadzirah Pedi sbg Dayang Kayangan/Penari dan Ima Indre sebagai Dayang.

Barisan Extra turn pula terdiri dari Kumpulan Suara Siam oleh Al Jabar Laura & Zainorin Tulijol, Kumpulan Razzles, Fauziah Gambus, Dior, Izyana dan Zainorin Tulijoli.

No comments:

Post a Comment