Thursday, August 12, 2010

Bangsawan Puteri Maharani Part 1

Pementasan Bangsawan Puteri Maharani Part 2

Pementasan Bangsawan Puteri Maharani Part 3

Flyers Puteri Maharani

Flyers Puteri Maharani

Siaran Akhbar

Bersempena dengan Semarakan Bangsawan 2010. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL dengan kerjasama Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur dengan sokongan oleh Taman Budaya Kuala Lumpur dan Majlis Teater Kuala Lumpur akan mementaskan Bangsawan Puteri Maharani karya dan arahan Sdr Sakrani Shamsuddin.

Bangsawan ini menampilkan Ratu Gambus Negara FAUZIAH GAMBUS dan Penyanyi yang sedang mencipta nama di persada seni tanahair DIOR sebagai teraju utamanya. Disamping pelakon/aktivis teater Ibrahim Akir, Pelakon/Pengarah Rosli Rahman Adam, Pensyarah/Pereka Tari tersohor Suhaimi Magi, pelakon Hartini Kassim, Saiful Nizam, Salman Al-Farisi, Nurul Izyana, Samsuddin Ramli dan ramai lagi disamping penampilan Extra Turn yang sangat teristimewa.

Saksikanlah pada 6-8 Ogos 2010 @ Panggung Bandaraya Kuala Lumpur @ 8.30 malam

8 Ogos 2010 @ Panggung Bandaraya Kuala Lumpur @ 3.00 petang

Tiket berharga RM 5.00

Sila Hubungi 0132061720 Shak untuk tiket atau boleh didapati dipintu masuk panggung Bandaraya Kuala Lumpur pd 4-8 Ogos 2010

Sinopsis Bangsawan Puteri Maharani

Mengisahkan Sultan Badrul Al Zaman pemerintah Negara Astanapuri yang inginkan anaknadanya Tengku Kamar Al Zaman mempunyai isteri dan berzuriat bagi menyambung pemerintahan negara memandangkan sultan sentiasa gering. Diatas cadangan Datuk Perdana Menteri, Tengku Kamar bermohon untuk keluar istana bersama Khadam ke Negeri Inderapuri bagi menimba pengalaman. Permaisuri Khaisara takut kehilangan putera tunggalnya tetapi akhirnya memberi keizinan bila Khadam diberi tanggungjawab untuk menjaga puteranya.

Sewaktu perjalanan ke Negeri Inderapuri, Tengku Kamar Al Zaman dan Khadam telah tersesat. Setelah kepenatan dan kelaparan akhirnya Tengku Kamar terjumpa gambus pada sngkanya kura-kura. Tengku Kamar meminta Khadam bermain gambus untuk menghiburkannya tiba-tiba terdengar suara dayang diketuai Puteri Gambus menjerit-jerit minta pertolongan. Tengku Kamar telah jatuh cinta dan ingin membawa Puteri Gambus ke Istana untuk dipersembahkan kepada Sultan. Sewaktu Puteri Gambus menghiburkan Tengku Kamar dan Khadam, tiba-tiba ada lembaga memukau dan melarikan Puteri Gambus. Tengku Kamar yang telah terpukau terjaga tidak hairan kehilangan Puteri Gambus.


Di istan Tengku Kamar yang angau tidak berkenan calon-calon Puteri Inggris, India, Arab dan hanya membisu sambil memeluk dan membelai gambus sahaja. Ini membuatkan Permaisuri risau. Akibatnya sultan murka dan Khadam menceritakan peristiwa di Banjaran Puri. Bila mengetahui Khadam dititahkan untuk mencari Puteri Gambus. Tengku Kamar terus sedar dari angau dan mohon perkenan sultan ingin mengikuti Khadam.


Tengku Kamr dan Khadam ke Banjaran Sari untuk mencar Puteri dengan membawa gambus tetapi sia-sia. Mereka berehat kepenatan dan kelaparan tiba-tiba muncul pendita Nestapa memberitahu Putera Jin yang telah melarikan Puteri Gambus ke Kayangan. Tengku Kamar kecewa dan hiba mendengar berita itu. Pendita menjampi gambus dan menyerahkan semula pada Tengku Kamar bagi membantu ke Kayangan. Tengku Kamar menguji kesaktian gambus tersebut dan gambus itu memberi kesan saktinya.

Tengku Kamar dan Khadam telah sampai ke Kayangan tempat persembunyian Putera Jin dan Raksasa Gagap yang sedang beradu kekuatan kerana merebutkan Puteri Gambus untuk dijadikan sebagai isteri dengan memusnahkan sangkar Sakti tempat Puteri Gambus dikurung. Pertarungan bermula dengan menggunakan gambus sakti itu, Tengku Kamar telah menghilangkan Putera JIn dan Raksasa Gagap ke Panet Zuhal dan Marikh. Puteri Gambus telah diselamatkan oleh Tengku Kamar dengan kuasa sakti gambus itu.

Mereka seterusnya, pulang ke istana untuk hidup bahagia selama-lamanya. Sebelum pasangan Tengku Kamar Al zaman dan Puteri Gambus direstui. Terlebih dahulu Sultan melihat sendiri kehebatan bakal menantunya bermain gambus dengan diiringi penari-penari. Akhirnya Sultan dan Permaisuri sangat gembira dan mengumumkan Puteri Gambus sebagai Puteri Maharani untuk dikahwinkan dengan Tengku Kamar Al Zaman.

Tamat.